10 Tanda Jika Lelaki Benar-Benar Cintakan Anda
Dalam hubungan cinta wanita seringkali meragui perasaan pasangan mereka. Bukan kerana mereka pernah ditipu atau kasari, tetapi di mata wanita, lelaki jarang sekali menunjukkan perasaan cinta mereka di hadapan wanita.
Jadi bagi wanita sukar untuk menilai sama ada lelaki tersebut benar-benar cintakan mereka atau tidak.
Tapi sebenarnya senang je nak tahu jika lelaki itu betul-betul cinta dan sayangkan anda atau tidak. Nak tahu caranya? Baca senarai ini!
#1 SENTIASA AMBIL BERAT
Salah satu tanda lelaki itu betul-betul cintakan anda, dia tidak akan teragak-agak untuk mencari anda apabila anda tidak dapat dihubungi.
#2 SENTIASA MENGALAH
Jika lelaki itu cintakan anda, dia akan berusaha untuk elakkan pertengkaran kerana mereka tahu hal tersebut akan membuatkan teman wanita menjauhkan diri darinya.
#3 TERIMA SIAPA SAJA SAHABAT ANDA
Sahabat anda, adalah sahabatnya juga. Jika lelaki itu cintakan anda, dia ingin tahu siapa sahabat anda dan dari situ dia ingin mengenali anda lebih dalam lagi.
#4 KENALKAN SAHABAT MEREKA KEPADA ANDA
Bukan saja ingin mengenali siapa sahabat anda, dia juga tidak keberatan untuk kenalkan anda dengan sahabatnya juga.
#5 SENTIASA CUBA BUAT ANDA KETAWA
Anda tahu lelaki itu bukan seorang yang kelakar. Tapi jika dia selalu berusaha untuk buat anda ketawa, itu tandanya dia sentiasa ingin lihat anda bahagia.
#6 MENGHORMATI ANDA
Jika lelaki itu tidak pernah menyentuh anda secara belebih-lebihan, itu tandanya dia sangat cintakan anda dan tidak mahu merosakkan maruah anda.
#7 TIDAK BERKASAR DENGAN ANDA
Perkara biasa jika seseorang itu bertindak kasar apabila dalam keadaan marah. Namun jika dia sentiasa menjaga perlakuan dan cuba menjaga emosi di hadapan anda, jangan lepaskan lelaki seperti ini.
#8 TERIMA DIRI ANDA SEADANYA
Jika lelaki itu cintakan anda, dia akan terima anda seadanya dan tidak cuba untuk mengubah diri anda menjadi orang lain.
#9 SENTIASA CUBA BAIKI KEKURANGAN
Lelaki yang cintakan seseorang akan sentiasa baiki kekurangan diri dan jadi yang terbaik untuk pasangan mereka.
#10 TIDAK MALU TUNJUKKAN RASA CEMBURU
Ego lelaki ni memang tinggi. Tapi jika lelaki itu tidak ragu atau tidak malu untuk tunjukkan rasa cemburu jika ada lelaki yang mendekati anda, itu tandanya dia takut kehilangan anda
Mahligai IMPIAN PAHANG adalah di bawah pengurusan Mahligai Catering Sdn Bhd Kami adalah one-stop solution untuk semua perkahwinan, penyajian acara dan perkhidmatan. Bermula sejak tahun 2010, kami adalah sebuah syarikat katering Malaysia sepenuhnya dengan keupayaan untuk menampung pelanggan dari seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan,Pahang,Melaka & Johor.
Wednesday, 25 October 2017
10 Idea Stail Baju Nikah 2017 – Ringkas Tetapi Menawan!
Tercari cari idea atau stail baju nikah yang RINGKAS TETAPI MENAWAN.. nah admin belanja 10 Idea Stail Baju Nikah 2017 - Ringkas Tetapi Menawan ! Uolls boleh ambil ilham kat bawah nie ye!
#1 Baju Kurung Moden
Ini adalah satu contoh baju nikah yang klasik. Ramai pengantin memilih design ini kerana ianya ringkas tetapi menawan apabila pengantin memakainya ia tetap kelihatan anggun. Ia terdiri daripada material kain silk berserta warna plain seperti putih atau warna-warna pastel. Kalau pakai veil yang sedondon akan menambahkan keanggunan serta seri pengantin itu sendiri.
#2 Baju Kebaya Moden
Baju kebaya juga sering menjadi pilihan para pengantin wanita. Stail kebaya moden juga menawarkan rupa tradisional dan pada masa yang sama masih kelihatan moden apabila dipadankan dengan manik dan lace. Ia kemudiannya disesuaikan dengan loket-loket silver bagi melengkapkan rupa kebaya tersebut. Bagi design baju nikah ini, pengantin tidak perlu memilih hanya warna putih, mereka boleh bermain dengan warna terutamanya warna lembut atau pastel.
Berbanding baju kurung mode, baju kebaya lebih pendek dibahagian atasnya. Kainnya juga sedikit mengembang, di mana ia memberikan sedikit rasa ‘playful’ kepada si pemakai. Kainnya juga berenda. Jika disarungkan pada hari pernikahan, pengantin perempuan tersebut akan nampak muda dan santai. Memang cantik EVEN RINGKAS TETAPI MENAWAN!
#3 Baju Jubah Ala Dress
Bagi mereka yang inginkan konsep Islamik, ada juga stail baju nikah ringkas tetapi menawan yang sesuai bagi tema ini – baju jubah. Ia bukanlah baju jubah biasa, namun mempunyai design baju pengantin ala-ala dress. Ianya berenda dan dihiasi dengan lace serta manik bagi menaikkan seri pengantin bagi yang memakainya.
Yang menariknya, apabila memakai baju nikah jubah ini, si pemakai boleh memilih untuk memakai veil kepala yang panjang dan tudung labuh menutup dada. Ia mengetengahkan ciri-ciri islamik dan sopan. Bagi stail ini, si pengantin lelaki pula boleh memilih sama ada untuk memakai baju melayu atau pun jubah. Memang akan masuk dan sedondon.
#4 Baju Nikah Songket
Baju nikah songket juga merupakan lagi satu idea stail baju nikah 2017 yang sesuai untuk anda cuba. Ia dipakai oleh para pengantin secara turun-temurun dan tidak pernah kelihatan seperti ketinggalan zaman. Jika nak tahu, kain songket sangat berkualiti dan kadangkala, harganya boleh menjadi lebih mahal daripada baju nikah moden yang sedia ada!
Sama seperti baju nikah moden yang lain, pilihan warna untuk songket juga tidak semestinya putih sahaja. Kadangkala, anda boleh menggunakan warna yang ceria seperti coklat, biru, kuning, hijau dan oren muda. Di lengannya pula, anda boleh gabungkan material lace dan manik untuk tampil eksklusif.
#5 Baju Nikah Long Dress
Bagi mereka yang ingin mengenakan dress panjang tetapi ingin mengenakan tudung, baju nikah ala long dress merupakan lagi satu stail baju nikah 2017 yang sesuai dengan anda. Ia merupakan one-piece attire dengan renda-renda di bahagian pinggang atau di bahagian bawah.
Seperti baju nikah yang lain, tidak lengkap rasanya mempunyai baju dress tanpa sebarang manik atau lace. Dua aksesori ini penting untuk menaikkan seri sesuatu baju nikah itu. Di bahagian tangan, selalunya long dress ini mempunyai butang dan agak beropol. Sesuai jika dikenakan dengan tiara di kepala – bak permaisuri dari istana!
#6 Baju Nikah Gaun Kembang
Anda membayangkan majlis pernikahan sejak kecil dimana anda berpakaian seumpama seorang puteri? Inilah idea stail baju nikah yang sepadan dengan impian anda. Di bahagian atasnya, ia direka ketat di badan dan dihiasi dengan renda-renda atau design flab. Di sepanjang lengan tangan, kain lace boleh disisipkan untuk menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif pada gaun tersebut.
Selain daripada cantik, design baju nikah ini sebenarnya membolehkan kita bergerak dengan lebih mudah. Bahagian kain di bawahnya kembang dan memberi banyak ruang kepada kaki. Ia juga amat sesuai untuk dijadikan baju pengantin semasa bersanding.
#7 Baju Nikah Warna Terang Ala Fairytale
Antara selebriti Malaysia yang telah mempopularkan baju kahwin ala fairytale adalah Anzalna Nasir. Walaupun stail ini bukanlah satu kebiasaan untuk majlis nikah dan beliau memakainya ketika bersanding, namun beliau telah berjaya menaikkan seri baju dress tersebut dan tidak langsung kelihatan kekok ketika mengenakannya.
Beliau telah memberikan inspirasi kepada bakal pengantin lain dengan idea sebegini. Bahagian bawahnya kembang dan panjang serta beropol dan warnanya sangat meriah! Beliau mengenakan veil yang panjang untuk melengkapkan rupa tersebut. Anda berani untuk mencubanya? Anda pasti kelihatan menawan di dalam baju pengantin terkini ini – sama seperti Anzalna!
#8 Baju Nikah Blouse Beropol
Ini lagi stail yang sesuai untuk pasangan muda. Rupanya sangat stylish di mana bahagian atas tampil pendek tetapi menawan dengan ropol-ropol kain yang berbuai apabila anda berjalan. Selalunya, material kain yang digunakan adalah sutera atau satin. Warna yang sesuai untuk baju nikah seperti ini ialah warna putih, kuning cream dan kelabu muda.
Bagi trend baju nikah seperti ini, ia bukan sahaja dihiasi di bahagian hadapan. Bahagian belakangnya juga turut tampil dengan hiasan tersendiri. Antaranya adalah seperti butang, manik dan cebisan kain lace. Memang cantik!
#9 Baju Nikah Dress Drape Meleret
Lagi satu stail baju nikah yang akan menjadi trend terkini adalah baju kahwin dress meleret. Bahagian bawahnya panjang mengurai di atas lantai, atau dipanggil ‘drape’. Jika stail ini di pilih, mungkin anda memerlukan seorang dua pengiring untuk memastikan anda dapat berjalan dengan baik sepanjang majlis nikah.
Bagi design baju pengantin ini, hiasan baju selalunya simple. Tiada lace berat di bahagian hadapan. Cuma mungkin ada beberapa hiasan manik untuk membuatkannya berkilauan. Namun, feshen tidak semestinya mengikut trend biasa. Jika anda inginkan ia menjadi sarat, terpulang kepada citarasa dan kreativiti anda dan pereka design anda!
#10 Baju Nikah Lace Penuh
Baju nikah lace adalah satu design klasik buat para pengantin dan akan terus menjadi pilihan ramai. Design ini berjenis ‘timeless’. Ia selalu masuk dengan pelbagai jenis badan. Pemakainya pula tampil muda dan menawan. Sememangnya, ia telah menjadi satu stail baju pengantin terkini.
Design baju nikah ini selalunya menggunakan material kain lace yang penuh dan ia sama ada digunakan di bahagian atas baju atau pun di bahagian bawah kain. Selalunya warna untuk stail baju nikah simple begini adalah warna putih atau kuning cair.
🔥 Pakej Standard Ekonomi RM10.80
” Norman Hakim dan Memey Suhaiza merupakan DUTA RASMI Mahligai Impian sejak 15 Mac 2017 “
Jutaan terima kasih kepada Pasangan Bahagia ini kerana sudi menjadi sebahagian daripada keluarga Mahligai Impian Events & Wedding Sdn Bhd
JIKA KAMI OFFER ANDA UNTUK PAKEJ ALL IN ONE PERCUMA PELAMIN & ANDAMAN DENGAN HARGA YANG MENGGILA, ADA YANG BERANI MENOLAK..?!
.
.
.
Untuk bakal pengantin kat luar sana jangan lepaskan peluang yang paling meriahh ini. Yang penting anda pilih MAHLIGAI IMPIAN sebagai perunding perkahwinan anda !!! Kenapa perlu pilih kami? Jawapannya ada di bawah :
.
.
PAKEJ HOT PROMO 📢📢
[Terhad 10 pasangan terawal]
[Terhad 10 pasangan terawal]
🔥 Pakej Lengkap PROMOSI RM 16.80
(PERCUMA PELAMIN ANDAMAN)
(PERCUMA PELAMIN ANDAMAN)
.
.
PAKEJ MELETOP LAIN 📢
🔥 Pakej Standard Ekonomi RM10.80
🔥 Pakej Standard RM11.80
🔥 Pakej Lengkap Ekslusif RM29.80
.
.
.
.KEISTIMEWAAN KAMI :
- Mempunyai 5 cawangan terbesar di Malaysia
- Pilihan Utama Katering Untuk Fashion Show Hatta Dolmat
- One Stop Centre
- Norman Hakim & Memey Suhaiza sebagai DUTA kami
- Kami syarikat SDN BHD dan sudah berpegalaman menjayakan 7,000 majlis perkahwinan.
.
.
Antara testimoni dari pelanggan yang kami sayangi..
En shamsuri:
Assalamualaikum.. sy sangat berpuashati dengan perkhidmatan dengan mahligai impian catering. Terima kasih saya buat crew mahligai yang sangat cekap dan saya bagi 10/10 dan 5 bintang.
.
.
Testimoni-testimoni lain :
.
Apa tunggu lagi? Hari ini, Offer ni memang ada kekosongan, tapi esok belum tahu dijamin ada. Sekarang kami terima tempahan bertali arus.
Pelbagai promosi gempak & peraduan menarik menanti anda ! Sila tinggalkan no telefon anda di ruang komen atau hubungi terus pakar perunding perkahwinan kami : -
📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞
019 – 304 5121
019 – 304 5121
DUTA : Memey Suhaizah
Pelamin dan Decorasi
Antara Pilihan Pelamin
Meja makan beradap |
Peralatan
kek Pelbagai design
019 – 304 5121
019 – 304 5121
atau Whatsapp
Subscribe to:
Posts (Atom)