Mencari pilihan tempat untuk majlis perkahwinan anda? Kami ada 5 cadangan yang anda mungkin boleh pertimbangkan.
#1: Dewan Serbaguna
Anda dan pasangan perlu menjemput tetamu yang ramai?
Dewan serbaguna paling mudah kerana mampu memuatkan kapasiti tetamu yang ramai pada satu-satu masa dan harga sewaan juga murah. Namun, anda mungkin perlu berbelanja lebih sedikit untuk dekorasi dewan supaya tidak kelihatan terlampau kosong.


#2: Rumah
Jika kediaman ibu bapa anda mempunyai laman yang luas, tidak salah jika anda mahu mengadakan majlis anda di rumah. Boleh jimat kos sewaan tempat dan tidak perlu booking tempat. Untuk membuat majlis anda lebih menarik, anda boleh gunakan marquee tent/see through tent/arabic tent sebagai alternatif untuk khemah sedia ada. Gunakan khemah 'see through' dengan hiasan lampu jika anda adakan majlis anda di sebelah malam untuk efek yang lebih menarik.

#3: Restoran
Ada banyak restoran yang indah menawarkan pakej perkahwinan untuk sesiapa yang berminat mengadakan majlis di restoran mereka. Panorama yang cantik di restoran memberi plus point untuk tempat perkahwinan sebegini. Kadang kala, mereka juga ada menyediakan pakej lengkap meliputi pelamin persandingan.

#4: Dewan bankuet/dewan besar
Anda dan pasangan tidak suka panas dan mahukan dewan yang berkarpet untuk majlis anda? Cuba cari dewan bankuet/besar yang sedikit ekslusif. Sekarang ada banyak dewan perkahwinan yang menawarkan tempat yang berdingin hawa dan selesa untuk pasangan pengantin.

#5: Banglo/Villa Sewaan
Ada sesetengah pasangan yang kediamannya mungkin kecil sedikit untuk diadakan majlis. Mungkin juga ada pasangan yang mahukan sedikit kelainan. Anda boleh menyewa banglo atau villa yang menawarkan servis untuk diadakan majlis perkahwinan.

