Bagi bakal pengantin yang agak berisi or lebih senang consider as 'chubby' mesti tengah kusut kepala kan nak diet apa semua.. yela bukan apa kan.. takot nanti masa nak sanding, baju sendat padat apa semua.. Kalau boleh, kita pada masa hari berbahgia tu nak nampak lebih slim melim kan.. Hehehe.. Okay okay.. Jangan risau.. Admin akan kongsikan 5 trick pemilihan baju pengantin untuk nampak langsing masa majlis perkahwinan korang nanti!
1# MATERIAL FABRIK YANG TEPAT
Dari segi pemilihan fabrik, admin sarankan untuk bakal pengantin yang agak berisi nie untuk memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera ataupun satin yang tak terlalu berkilat untuk nampak langsing! and.. please jangan pilih kain yang jenis jersey or fabrik yang jenis melekat di badan kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh korang tu.
2#POTONGAN PAKAIAN
Pemilihan busana dengan cetusan sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar tau. Pilihan samada bukaannya melewati paras bahu(off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Then, potongan kolar berbeantuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher korang lebih jinjang
3#AKSESORI YANG SESUAI
Memilih aksesori yang sesuai dan juga ideal juga main peranan tau.. In fact, pemilihan subang, veil, crown dan kasut mampu untuk menampakkan korang langsing masa hari perkahwinan korang nanti. Untuk pengantin berisi pemakaian kasut tumit tinggi amat penting untuk nampak langsing kerana ia akan memberi kesan tubuh badan korang lebih jinjang.
4#FABRIK YANG BERMOTIF
Sekiranya fabrik yang korang pilih tu ada motif atau bercorak, make sure korang elakkan pilih motif yang horizontal atau saiz corak tu terlalu besar. Tapi seeloknya korang pilih corak atau motif yang vertical sebabnya ia akan membuatkan effect nampak lebih langsing.
5#MEMAHAMI BENTUK TUBUH ANDA
Haaa.. yang nie last trick pilih baju pengantin yang korang wajib ikut! Barulah korang nampak langsing, selim melim gitu.. Korang kene kenalpasti korang dalam kategori yang mana satu..Then, korang kne tengok jenis dress yang mana sesuai untuk tubuh badan korang tu..