Friday 19 January 2018

#TIPS MENGHIAS PELAMIN & DEWAN MAJLIS PERKAHWINAN


#TIPS MENGHIAS PELAMIN & DEWAN MAJLIS PERKAHWINAN




Pelamin adalah salah satu must-have-list bagi setiap pasangan pengantin yang sedang membuat bajet perkahwinan mereka. Fungsi utama pelamin adalah sebagai tempat/pentas untuk pengantin bersanding, bergambar bersama keluarga, tempat untuk menyarung cincing dan sebagainya. Kiranya, kalau ada pelamin ni, bertambah seri sikit majlis. Takkan nak bersanding atas sofa kan?


1) Pilih warna pelamin mestilah bijak dan tepat.Selain memilih warna pelamin mengikut tema majlis perkahwinan,pasangan pengantin juga perlu mengambil kira warna pelamin dengan padanan busana yang you all pakai.


2) Jangan tersalah pilih rona pelamin dan baju pengantin.Ini akan menenggelamkan ketampanan dan kecantikan pengantin yang sedang bersanding.


3) Pilihlah rona pelamin dan baju pengantin yang kelihatan kontra tetapi lebih harmoni.Nampak lebih sepadan dan terserlah kecantikan pengantin.


4) Pastikan ruang bersanding bersesuaian dengan saiz pelamin yang dikehendaki. Hiasan dan platform yang digunakan mestilah sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan sempit.


5) Andainya ruang bersanding dan pelamin you all kecil sahaja (ruang terhad) elakkan menghias pelamin dengan sarat dan elakkan juga meletak bunga pahar yang banyak di sekitar pelamin.Ini akan menambahkan lagi pelamin anda kelihatan berserabut.


6) Pastikan pelamin you all menerima cahaya lampu yang bersesuaian.Kurang dari segi pencahayaan bukan sahaja tidak memuaskan pada kualiti gambar malahan kurang menyerlahkan pasangan pengantin yang sedang bersanding


7) Elakkan memilih pelamin pada saat-saat akhir.Ini akan menyebabkan you all melakukan banyak kesilapan memilih terutamanya dari segi harga dan kesesuaian dengan tema kerana sudah kesuntukan masa.


8) Buat 'survey' di beberapa galeri dan butik perkahwinan dan buat perbandingan harga.Pilihlah yang mana satu boleh memberi harga yang berpatutan.


9) Pemilihan kerusi di pelamin juga penting.Pastikan ia sepadan dengan pengantin.Jika salah seorang berbadan besar pastikan kerusi itu sesuai dengannya.


10) Seeloknya pilih pelamin yang boleh memberi harga pakej beserta dengan fotografi dan yang lain-lain.Memudahkan you all tidak perlu pening kepala memikirkan mengenai persiapan yang lain-lain.


11) Sebolehnya janganlah terlalu inginkan menonjolkan pelamin yang indah kerana itu bukanlah tuntutan dalam agama itu sendiri.


12) Manakala untuk hiasan dewan,pastikan ia tidak berbeza dengan tema yang telah dipilih,iaitu tema pelamin dan tema perkahwinan itu sendiri.Sama bertemakan dalam taman,tradisional dan sebagaimya.


13) Berbincang dengan perancang majlis perkahwinan lebih awal agar mereka dapat meninjau kawasan dewan supaya tidak berlaku kelam kabut pada saat-saat akhir.


14) Pastikan terlebih dahulu sama ada dewan itu menyediakan kerusi dan meja ataupun tidak. Jika tiada pastikan pihak berkenaan menyediakan segala kelengkapan itu.


15) Perlu juga pastikan jumlah kapasiti yang boleh dimuatkan dalam dewan yang telah dipilih tadi. Pastikan ia mampu menampung jumlah tetamu yang dijemput.


16) Bajet sesuatu yang amat penting dan perlu diteliti. You all dan perancang majlis perkahwinan yang merangkap penghias dewan pilihan you all harus berbincang mengenai bajet.Ini akan memudahkan perancang majlis untuk menghias dewan agar bertetapan dengan bajet. Tidak akan berlaku terlebih bajet dan terlalu kurang daripada bajet yang diberikan.


17) Perlu ada hubungkait di antara dekorasi pelamin dan dekorasi dewan perkahwinan itu sendiri.Perlu pastikan beberapa perkara iaitu :-
 Saiz pelamin - pastikan penghias dewan perkahwinan dimaklumkan mengenai jenis pelamin yang digunakan.Terutama dari segi saiz,warna dan tema.Agar ia tidak kelihatan janggal di antara hiasan dewan dan hiasan pelamin
 Bunga - mesti tahu sama ada mahu menggunakan fresh flowers ataupun bunga tiruan sahaja
 Perlu pastikan segala aksesori dan material yang digunakan semuanya bertepatan dengan keiginan dan kehendak you all sebagai pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.Biarlah ia menjadi majlis terindah dalam hidup you all kan..


18) Pencahayaan amat penting.Andainya dewan yang digunakan merupakan dewan tertutup perlu tekankan pada kekuatan spotlight.Walaupun ia perkara kecil tetapi impaknya amat besar.Tanpa cahaya yang baik,pelamin yang cantik dan hiasan dewan yang gah,akan kelihatan biasa-biasa sahaja.


19) Perlu pastikan kemudahan dewan itu sendiri.Dari segi tandas,ruang solat dan kemudahan tempat letak kereta.Ini untuk memudahkan tetamu datang dan tidak memberi tekanan kepada mereka mencari ruang meletak kenderaan.


20) Finally,make sure you all tidak melebihi waktu yang dibenarkan berada di dewan perkahwinan untuk mengelakkan anda dikenakan 'charge' tambahan kerana lewat mengosongkan dewan.
ATAUPUN! Nak lebih mudah lagi. Taknak pening-pening kepala. Hubungi sahaja Mahligai Impian Catering. Depa akan consult majlis anda sampai superb. Menyediakan semua perkhidmatan perkahwinan A-Z. Semua ada. Boleh click link di bawah untuk tengok promosi yang sedang dijalankan. Sekarnag nak bagi PELAMIN & FOTOGRAFI PERCUMA je. Boleh search based on negeri anda.



Cawangan Selangor/KL
Mahligai Impian Selangor

Cawangan Negeri Sembilan
Mahligai Impian Negeri Sembilan


Cawangan Melaka
Mahligai Impian Melaka


Cawangan Johor
Mahligai Impian Johor


Cawangan Pahang
Mahligai Impian Pahang

Atau, boleh wassep terus :
www.wasap.my/601139297949/PakejPaduBeb
www.wasap.my/601139297949/PakejPaduBeb
www.wasap.my/601139297949/PakejPaduBeb

No comments:

Post a Comment