Friday 22 September 2017

ADUH! BAJET LARI DAA....MACAMANA NAK KAHWIN NIE

                            



Buat bakal pengantin, apabila cakap pasal kahwin, semestinya banyak perkara yang perlu difikirkan bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.. Katering lah, pelamin lah, mekap lah, photograher lah..macam macam hal lah senang cerita!
Nah, kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, even dah cut cost tapi still meriah tau uolls!

11 TIPS UNTUK JIMAT BAJET KAHWIN
#1 JANGAN MEMENTINGKAN ‘STANDARD’ ANDA
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia dan ramai hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang gah.

Related image
2. JUMLAH TETAMU
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.


3. MENYEWA BUSANA PERKAHWINAN
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.

Related image

4. MEMBELI BELAH KETIKA ADA POTONGAN HARGA SAHAJA
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.


5. ELAK BERHUTANG KAD KREDIT
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.

                                 Image result for elakkan berhutang kad kredit


6. AWASI PERBELANJAAN ANDA SETIAP BULAN
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.

Image result for awasi perbelanjaan

7. JANGAN MEROKOK
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.

8. KURANGKAN MEMBELI GAJET ELEKTRONIK
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.

9. TEMPAHAN FOTOGRAFI
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
10. BERBALAS HANTARAN
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.

Related image
11.MEMBUKA AKAUN KHAS
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.

Related image

Related image



Related image


Kami nak beri  tiket untuk ke masjis Norman dan Memey untuk 10 orang yang bertuah..Sila kunjungi ke website kami untuk tahu lebih lanjut.



Kunjungi website kami di:


Image result for visit us icon

                           http://www.mahligaiimpianpahang.com/



Pelbagai promosi gempak & peraduan menarik menanti anda ! Sila tinggalkan no telefon anda di ruang komen atau hubungi terus pakar perunding perkahwinan kami : -
📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞
019 – 304 5121
019 – 304 5121


No comments:

Post a Comment