Friday 15 September 2017

Gubahan Hantaran Terkini 2017/2018






Malu kalau kawan kawan or saudara mara duk kutuk gubahan hantaran kita yang entah apa apa?? Nah, berikut 9 trend terkini untuk rujukan uolls.. 


Trend gubahan hantaran perkahwinan sentiasa berubah saban tahun mengikut peredaran masa terkini..Bermula daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya ada ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Namun, persoalan yang paling utama adalah apakah idea-idea gubahan hantaran terkini 2017/2018? Haaa…kalau nak tahu lebih lanjut, baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui Trend & Idea Gubahan Hantaran Perkahwinan yang terkini! PASTIKAN UOLLS PUNYA GUBAHAN HANTARAN KEEP ON TRACK TAU !

Trend #1 – Hiasan Bunga Segar

                  Related image
        Image result for gubahan bunga segar untuk hantaran
   Source: ROS NANA, PESONA PENGANTIN
Trend menggunakan hiasan bunga segar akan terus menjadi kegemaran ramai bakal pengantin pada tahun ini. Berbanding bunga plastik, bunga segar seperti ros, carnation, tulip, orkid, dan hydrangea mempunyai warna pastel yang nampak lebih menyerlah. Selain itu, ia juga memberikan satu haruman yang menarik untuk idea idea gubahan hantaran terkini 2017/2018.
     
    Source: Pinterest.com
Hiasan bunga segar tidak perlu terlalu sarat. Beberapa kuntum bunga sudah cukup untuk mengindahkan gubahan anda. Selalunya, ia diselit di hujung dulang. Ada juga yang memilih untuk meletakkannya di sekeliling dulang. Semuanya terpulang kepada kreativiti penggubah tersebut! 

Trend #2 – Hiasan Hantaran Kahwin Sangkar Burung

Image result for Hiasan Hantaran Kahwin Sangkar Burung
Satu lagi trend dan idea gubahan hantaran terkini 2017/2018 adalah hiasan di dalam sangkar burung. Ini bukanlah satu inspirasi gubahan tradisional Melayu. Tetapi, lebih kepada mengambil idea daripada perkahwinan Inggeris.

Image result for Hiasan Hantaran Kahwin Sangkar Burung

                                             Source: Pinterest.com
Sangkar burung yang berwarna putih ini membantu menyerlahkan lagi gubahan hantaran terkini 2017/2018 yang elok terletak di dalamnya. Ada yang menambahkan hiasan reben serta rona warna pastel daripada bunga-bunga segar. Yang menariknya, para pembawa dulang juga pasti akan berasa lebih mudah untuk mengangkat hantaran sebegini.

Trend #3 – Kotak Kaca

                     
                    Source: Pinterest.com
                     Related image
                     Source: hantarantelekung.blogspot.com
Dulang bertingkat atau kotak hantaran adalah antara pilhan tapak gubahan hantaran terkini 2017/2018 yang disukai oleh ramai para pengantin. Namun, pada tahun ini, kotak kaca semakin menjadi pilihan ramai. Ianya lebih moden dan anggun.
               
                                    Source: Pinterest.com
Barangan hantaran akan tampil lebih menyerlah dek pantulan cahaya berkilat dari kotak kaca ini. Ada juga yang memilih untuk menggunakan balang kaca. Yang pastinya, ia tidak memerlukan hiasan yang terlampau sarat. Cukup sekadar susunan barangan yang kemas dan mungkin beberapa kuntum bunga segar!

Trend #4 – Barang Hantaran Berbentuk Aset

Jika dahulu, kita selalu melihat set pakaian atau makanan sebagai gubahan hantaran. Namun, pada zaman kini, anak-anak muda lebih terpelajar dan mula sedar tentang kepentingan menyimpan aset untuk hari depan. Jadi, selalunya, bakal pengantin akan meletakkan kunci-kunci aset mereka di atas dulang. Ini telah menjadi trend gubahan hantaran 2015 dan trend gubahan hantaran 2016 terutamanya untuk trend gubahan hantaran terkini 2017/2018.
Antara aset paling hot yang menjadi pilihan pengantin untuk ditayangkan di atas dulang adalah rumah, kenderaan, jongkong emas, dan ada juga yang meletakkan buku simpanan mereka dengan sejumlah wang yang banyak! Seperti contoh, pasangan selebriti popular Fizo Omar dan Mawar Fareeda telah menghadiahkan Ducati dan Vespa kepada satu sama lain!

Trend #5 – Hiasan Kayu Pallet


Source: Pinterest.com
Kayu palet sememangnya semakin menjadi pilihan ramai. Tengok sajalah di kafe-kafe hipster dan di rumah-rumah anak muda zaman sekarang. Banyak material kayu palet telah digunakan. Ianya bukan sahaja murah, namun nampak kemas dan cool pada masa yang sama.
                       Related image
                       Source: Pinterest.com
Jadi, tidak mustahil jika para pengantin zaman moden ini gemar untuk menggunakan hiasan kayu palet sebagai gubahan hantaran terkini 2017/2018 untuk majlis perkahwinan mereka. Sama ada digunakan sebagai dulang hantaran mahupun aksesori perhiasan dulang tersebut.

Trend #6 – Tema Serba Putih

Source: Pinterest.com
Jika dua tiga tahun kebelakangan ini, ramai yang memilih untuk menggunakan tema warna pastel seperti kuning cair, pink muda, dan baby blue, kini mungkin tema serba putih lebih menjadi pilihan. Ia melambangkan kesucian perkahwinan itu sendiri, dan pada masa yang sama, tampil ringkas tetapi indah!
                         
                                       Source: Bp.blogspot.com
Antara pilihan bunga segar untuk tema serba putih adalah bunga tulip, lily, dan ros putih. Ia amat bersesuaian dengan konsep perkahwinan Inggeris dan sangat sesuai untuk kedua-dua dulang hantaran nikah mahupun majlis perkahwinan. 

Trend #7 – Alas Bantal Sebagai Dulang

Lagi satu trend yang kami rasa semakin mendapat tempat di hati bakal raja sehari adalah alas bantal yang dijadikan sebagai dulang. Dengan konsep ini, para pengantin tidak perlu menghabiskan wang membeli dulang dengan banyak. Siapa yang akan memakai dulang-dulang ini selepas majlis perkahwinan nanti?
Tetapi, dengan pilihan bantal sebagai dulang, ia dengan mudah boleh digunakan sebagai bantal tidur selepas majlis nanti – bijak dan praktikal! Yang lebih penting, ia juga tampil mudah dan cantik apabila dipadankan dengan barang hantaran perkahwinan.

Trend #8 – Hadiah Hantaran Gajet dan Alat Elektronik

Jika dahulu, kebanyakakan daripada kita meletakkan kek, buah, telekung dan set pakaian atau kasut, kini barangan gajet serta elektronik menjadi pilihan ramai. Ianya bukan sahaja moden malah praktikal. Hadiah hantaran gajet ini bukan sahaja menjadi penghias dulang, malah turut boleh terus digunakan selepas majlis perkahwinan tersebut selesai.
Antara barangan elektronik yang sering diletakkan pada dulang perkahwinan adalah seperti iPhone, telefon pintar Samsung, tablet, kamera DSLR, dan ada juga yang meletakkan laptop. Selalunya, barangan ini di tampilkan di dalam bentuk kotaknya sahaja. Ianya kosong tanpa sebarang gajet sebenar di dalamnya (untuk elakkan kecurian atau rosak akibat terjatuh dari dulang). Dengan cara ini, anda dapat menghasilkan gubahan hantaran simple, tapi masih lagi eksklusif dan mencuri perhatian.

Trend #9 – Dulang Tembaga Perak

                    
                             Source: Kerjakahwin.blogspot.my
Walaupun arus moden dan teknologi semakin laju berkembang, namun masih ada trend dan idea gubahan perkahwinan terkini yang memilih untuk mengekalkan adat tradisi Melayu. Dari aspek kebudayaan ini, kami merasakan yang dulang tembaga perak masih akan kekal menjadi pilihan ramai para pengantin, terutamanya mereka yang inginkan tema perkahwinan melayu tradisional.
Dulang tembaga perak mempunyai warna yang bersinar dan mampu menaikkan seri barangan gubahan. Ramai perancang perkahwinan akan menggunakan dulang seperti ini, khasnya bagi perkahwinan berkonsepkan kerajaan melayu lama atau melayu klasik.
Seperti yang anda lihat di atas, kebanyakkan trend gubahan hantaran terkini 2017/2018  yang terkini banyak menggunakan elemen bunga-bungaan, kayu, dan warna serta barangan perkahwinan yang ringkas. Ia bukan sahaja cantik malah praktikal. Pilihan trend sebegini memudahkan proses memadankan dulang hantaran dengan tema majlis pertunangan atau perkahwinan secara keseluruhannya.


Related image


Kami nak beri  tiket untuk ke masjis Norman dan Memey untuk 10 orang yang bertuah..Sila kunjungi ke website kami untuk tahu lebih lanjut



Kunjungi website kami di:


Image result for visit us icon

                           http://www.mahligaiimpianpahang.com/



Pelbagai promosi gempak & peraduan menarik menanti anda ! Sila tinggalkan no telefon anda di ruang komen atau hubungi terus pakar perunding perkahwinan kami : -
📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞
019 – 304 5121
019 – 304 5121


No comments:

Post a Comment