Saturday 2 September 2017

Cheklist Persediaan Perkahwinan


Assalamualaikum W.B.T


Salam sayang semua..Salam Pengantin 1Malaysia..haha,since entry kali ni khas untuk bakal pengantin, so cik tyaa ucap lah SALAM PENGANTIN SATU MALAYSIA.. Entry kali ni Cik Ton nak share dengan BRIDE TO BE sekalian list atau senarai untuk persiapan majlis perkahwinan..

Image result for mahligai impian pahang


Korang yang nak kahwin ni mesti tengah PENING kan sekarang??Yela, majlis tinggal lagi 5-6 bulan tapi satu persediaan pun tak buat lagi..ada pulak tu yang rasa masih awal untuk buat persiaapan then tak tahu nak start dari mana..
GIRLSSS, NEVER EVER EVER EVER PLAN YOUR WEDDING LAST MINUTE..WARNING dari Cik Ton TERSAYANG..Kahwin ni sekali je seumur hidup, so kita kena la rancang dengan sebaiknya..

Kalau nak senang lagi,rajin -rajin kan la diri bertanya dengan family atau kawan-kawan yang ada pengalaman..risau pulak Cik Ton kalau korang pikir sorang-sorang..STRESS pulak nanti..NO STRESS STRESS YA PADA BRIDE TO BE..

So, jom kita check sama2 CHECKLIST UNTUK MAJLIS KAHWIN:

1. DAFTAR KURSUS KAHWIN



KURSUS KAHWIN ni WAJIB ye sayang..Kalau tak pergi kursus ni, adik jangan mimpi nak kahwin ye..KURSUS KAHWIN ni selalunya 2hari je..harga dalam RM120 sekali dengan makan n minum..
Boleh pergi sekali dengan pasangan..Tapi tak boleh duduk sebelah-sebelah ye..Nanti ustaz marah..HARAMMMM..SEBAB BELUM KAHWIN..
  
2. MEDICAL CHECK-UP (HIV TEST)


Okay..yang ni pun WAJIB dibuat oleh bakal pengantin..Ujian ni hanya dibuat di Klinik Kerajaan sahaja ye..Hasil ujian ni, korang kena kepilkan bersama dengan dokumen lain di pejabat Agama..

3. BORANG & DOKUMEN BERKAITAN



Borang dan dokumen ni selalunya kita boleh dapatkan dari PEJABAT AGAMA..tak silap Cik Ton sekarang borang tu korang boleh print ONLINE je..Try google Pejabat Agama ikut negeri korang..sebab lain negeri, lain dokumennya..

Dokumen ni mesti dilengkapkan sebelum dihantar ke PEJABAT AGAMA ye..tak lengkap nanti TOK KADI tak nak nikahkan korang..hihi..

4. BARANGAN HANTARAN




Beli barang hantaran. Buat perancangan dengan pasangan dan senaraikan barangan yang hendak di beli..so senang nanti korang nak kira bajet untuk setiap barang..so tak da la membazir..

5. PILIH TARIKH & LOKASI



Tarikh dan lokasi majlis ni penting ye..Pilih tarikh majlis sekurangnya 6 bulan akan datang..kalau boleh, jangan la pilih minggu pertama raya..Masa ni semua orang nak raya, mak andam pun nak raya jugak..

Untuk lokasi,kalau korang buat kat rumah tak pe..TAPI kalau buat kat DEWAN, kena la booking awal..Pilih dewan pun, korang kena la pandai pilih dewan yang muat dengan jemputan yang korang nak buat tu..

6. TEMPAH KATERING / PELAMIN





Untuk katering dan pelamin ni, korang tak boleh BOOKING LAST MINUTE ye..Cik Ton cadangkan korang BOOKING at least 6 Bulan sebelum majlis..Untuk katering, pastikan pilih yang servis TIP TOP dan of course la SEDAP kan..

Jangan lupa buat FOODTEST dulu ye..Then bila nak sama-sama setuju baru la proceed kepada deposit pendahuluan..

PELAMIN pula selalunya akan ditempah sekali dengan BUSANA DAN ANDAMAN..So make sure korang pilih yang korang suka..KAHWIN SEKALI JE TAU..make sure korang puas hati dengan pilihan korang tu..

7. TEMPAHAN KAD KAHWIN


Pastikan korang tetapkan dulu bilangan tetamu sebelum  tempah ye..jangan membazir kad..selalu kalau di MAHLIGAI IMPIAN JOHOR, kiraan kad jemputan adalah satu kad bersamaan dengan 3pax..

Cik Ton cadangkan korang bincang dengan pihak katering untuk pengiraan kad jemputan..ni untuk elakkan isu makanan tak cukup disebabkan jemputan yang terlalu ramai..

8. CARI SOUVENIR & BUNGA TELUR





Selalu kalau bab-bab ni,better korang bawa mak atau keluarga terdekat..mereka lebih arif untuk pemilihan doorgift ni..make sure korang cari yang sesuai dengan bajet korang..dan kalau boleh biarlah beri manfaat kepada tetamu yang dapat tu..

Okay, bila dah selesai dengan semua CHECKLIST di atas, in SHAA ALLAH you are READYYYYY..boleh tenangkan diri, rilex - rilex kat SPA..Tenangkan diri sebelum majlis..hihi

So, Cik Ton harap CHECKLIST ni dapat membantu bakal2 pengantin sekalian..Semoga majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan..AMIN





Kunjungi website kami di:

Image result for visit us icon

                                   http://www.mahligaiimpianpahang.com/



Pelbagai promosi gempak & peraduan menarik menanti anda ! Sila tinggalkan no telefon anda di ruang komen atau hubungi terus pakar perunding perkahwinan kami : -
📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞📞
019 – 304 5121
019 – 304 5121





No comments:

Post a Comment